Tuesday, October 24, 2017

Sejuk di Cameron Highland Part I ... Lavender Garden

Jalan-jalan ke Cameron Highland, Pahang.

Setelah berkira-kira tambah tolak akhirnya keputusan percutian singkat sempena cuti Deepavali kali ini kami mendaki ke Cameron Highland, Pahang.
1st time nak ke sana. Punyalah risau kene tempuh jem memaksa aku dan en suami keluar awal dr rumah iaitu seawal jam 6.00 pagi sesudah solat subuh.
Alhamdulillah cuaca terang n tak hujan dan jalan pun clear dr rumah sehingga menjejakkan kaki ke Cameron Highland. 

Kami sampai di Brinchang seawal jam 10 pagi. 
Sri Gombak - Cameron Highland dari jam 6.00 pagi dan tiba di sana jam 10.30 pagi. Jalan clear n tu masa perjalanan termasuk berenti isi minyak dan p toilet kat rnr.

Tempat pertama yang kami lawati ialah di Lavender Garden , Cameron Highland. Harga tiket masuk utk dewasa RM10.00 and kanak-kanak RM8. 
Apa yang menarik ? 
Sudah tentu bunga-bunga lavender berwarna ungu dan bunga-bungaan lain yang berwarna warni. Jom layan gambar sat...
















Cantikkan bunga-bunga kat sini :)... jangan lupa sebelum balik beli aiskrim lavender n pucuk labu goreng. Sedap tau ....

Selepas tu kami terus ke Ladang Teh Boh Sungai Palas. Memandang tempat ni tutup hari Isnin, jadi kami pun mewajibkan diri utk sampai hari Ahad gak.
Jalan untuk sampai ke ladang ni memang mencabar sebab lorongnya yg kecil dan berliku. So kalau berselisih dengan kenderaan lain kenalah salah satu beralah. Tapi sangat berbaloi bila dah sampai kat ladang ni. Pemandangan sangat Superbbb..... Hijau saujana mata memandang. Taksah rasanya kalau tak merasa minum teh segar dari ladang. So peluang yang ada diisi dengan aktiviti minum teh dan makan kek di cafe yang ada sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik. Tapi nak sampai ke cafe kena excercise kaki sebab kena mendaki bukit ... jom naik 
Ramai ?? Confirm ramai orang, so kena cari tempat yang strategik utk minum sebab nak ambil gambar yang cun melecun hihii..
So jom layan gambar kat sini.
















Oklah nanti kita sambung Jalan-jalan CH Part II plak utk ke tempat lain ye...

Monday, August 28, 2017

3D Art Gallery

Assalamualaikum...kali ni nak share gambar-gambar di 3D Art Galley yang terletak di Lukut Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Bayaran masuk :
Dewasa RM20
Kanak-kanak RM15
Tapi jangan lupa bawa MyKad masa beli tiket utk dapatkan harga tersebut.

Kat dalam bangunan ni tak dibenarkan pakai kasut, so kena buka kasut dan simpan dalam locker yang berkunci ye ( locker disediakan beserta kunci sekali). 
Dalam bangunan tu ada 3 tingkat dan lebih sepuluh gambar. So pandai2 la ambil post yg menarik ye.